Isnin, 14 Disember 2009

HARI KOMUNIKASI IPK PERAK DI TELOK SAKAH LUMUT.

Sambil berehat hiburkan hati dulu.....
Di bantu oleh rakan Konstabel Zafee Fuddin ( Baju puteh ) memasang sticker
pada kenderaan untuk latihan kenderaan ....
Pada jam 0900 12/12/2009 Saya bersama sama L/kpl Mazwell dan konst Zafee Fudin berlepas daripada Lapangan Terbang Ipoh menuju ke Telok Sakah Lumut..untuk program yang di anjurkan oleh Cawangan Komunikasi IPK Perak. Kira kira jam 11.15 sampai..dan ramai rakan rakan daripada IPD - IPD telah sampai terlebeh dahulu.Kami disambut dengan penuh kemesraan ...suasana memang menyeronokan...Setelah masuk ke bilik penginapan kami ramai ramai terus terjun ke laut..yang masin itu...best juga lama tak mandi air masin.Pada jam 6 petang pula bergotong royong menyediakan makanan malam..2 ekor kambing menjadi korban disamping udang ketam sotong dan kerang turut terkorban...habis kena bakar huhuuu!!!!!! best la.. Semasa majlis makan malam pula dihiburkan dengan pertandingan karaoke hampir 35 anggota termasuk lah saya sendiri mendendangkan lagu... 60an Seruling anak gembala, keputusan hanya dapat pada jam 0200..mengantuk nya mataku...habis sahaja terus tertidur...Kepala mula pening sakit tengkok,,,pada 13/12/09 jam 0800 bermula lah edisi kecermerlangan Cawangan Komunikasi Perak..hingga lah ke jam 1700..setelah semua selesai kami pun balik ke Ipoh sampai di Ipoh jam 1930.Pada jam 2130 sempat lagi eyeball dengan rakan rakan...9W2HLJ...9W2 SUF..9W2AEK..9W2YZR..Swal Along dari UK,...
Di Telok Sakak dekat Telok Senangin memang best untuk membawa anak anak mandi laut tapi kedai makan jauh lah..kalau ke Lumut 15 KM...nak ke Segari pun jauh...Tapi memang best la.....

Ahad, 13 Disember 2009

Selamat Berbahagia Kekal Abadi


Saya dan keluarga mengucapkan selamat pengantin baru hingga keakhir hayat kepada 9W2ZLA serta keluarga yang telah berlangsung di Taman Parit Jaya, Parit hari ini.

Bagaimana pun saya mohon berbanyak maaf pada waktu yang sama saya ada tugasan di Manjung dan memadailah saya mengabadi foto persandingan anda diblog saya.

Khamis, 10 Disember 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA DI TMN KLIA SEPANG PD 21/11/2009

DJ ( 9M2ZAE ) dari Pluup FM pada majlis tersebut sedang mewawancara
pengantin baru sambil di perhatikan oleh sanak saudara tersayang....


Gambar kenangan Ayahanda nya En.Mohd Amin dan Bonda nya Pn Aniah

Potret kenangan bersama ahli keluarga pengantin En. Khalid dan Nurhanim...

Sabtu, 28 November 2009

KENANGAN LALU




9M2ZAE


SEJARAH SILAM





Salam Sejahtera.......

Sejarah awal KOMUNIKASI..bagi diri saya bermula pada tahun 1980....hingga lah sekarang....Amatur Radio ni pada awal tahun 1981 dah tahu, masa itu adalah kelolaan Telekom ...ramai diantara rakan rakan seperjuangan saya memiliki lesen radio amatur ..dengan CW....apabila mendapat lesen tersebut seorang demi seorang hilang dari tempat tugasan. Rupa rupanya mereka telah mendapat jawatan di syarikat carigali (minyak )..
Saya tertanya tanya bagaimana caranya untuk mendapatkan lesen radio tersebut...dimana....bagaimana....siapa...... lantaran itu langsung hasrat tersebut terkibur begitu sahaja...Hingga lah pada tahun 2006 bayangkan lah dah berapa tahun ! itu pun bernasib baik pada pertengahan tahun 2006 dimana salah seorang pegawai datang berkursus di tempat saya, dia bertanyakan kepada saya " tak minat ke radio amatur " bapa saudara dia ada lesen...Saya tanya siapa, dia kata 9W2FL dilangkawi,,,Sya pun telefon la otai tu.....pastu diam terus..hampir 6 bulan Pada suatu hari saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Ulu Kinta PGA oleh 9W2KPD Sjn Ismail ( sekarang Insp Ismail ). Terus saya bergegas ke Ulu Kinta..berjumpa dengan beliau..
Dari saat itu lah saya mempelajari serba sedikit SOP..daripada beliau...disamping itu berkenalan pula dengan 9W2DFA...9W2HMI ..9W2PIZ serta rakan rakan nya di VEE99.Disini lah bermula nya saya menceburkan diri dalam radio Amatur.Pada tahun 2008 ambil RAE..dimana kelas di kelolakan oleh 9W2SLJ di kelab house VEE99 di Batu Gajah..banyak ilmu ilmu dipelajari..sehingga lulus RAE.
Dah setahun dapat lesen ( AA) teringin pulak la nak ambil exam CW...pada mula nya berat hati juga tapi atas desakan rakan rakan serta doa rakan rakan saya teruskan juga. Maka pada 7/10/2009 saya bersama Pak Lop, Abang Farid. Abang Salehan menduduki exam CW...semua berjalan lancar..akhirnya berjaya juga...Buat masa ini tunggu surat kelulusan dari MCMC..nak ambil apa 9M..... pun tak tau lagi....
Terima Kasih kepada semua rakan rakan ku kejayaan ini adalah kejayaan rakan rakan semua juga yang telah mendoakan kejayaan ini......

Selasa, 24 November 2009

Goodby 9W2 Blog

Ucapan selamat tinggal kepada blog 9W2 dan menjadi kenangan abadi dan tidak mudah dilupakan termasuk rakan-rakan seperjuangan semasa swl dan 9w2 tetap dalam ingatan yang kekal selama-lamanya....

Justerus itu, saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kepada para pembimbing serta guru-guru kelas RAE yang banyak membantu dan juga rakan-rakan yang tidak merasa jemu dan bosan berQSO di daratan menjadi saya beroleh kejayaan yang dibolehkan ditakrifkan sebagai "Cemerlang".

Saya tetap mendoakan rakan-rakan 9W2 juga akan meraih kejayaan dalam ujian morse code dimasa-masa hadapan.