Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya kepada semua rakan rakan HAM ....

Raya pertama lepas sembahyang raya akan bergerak ke Temerloh Pahang rumah XYL...KM 4 Jalan Temerloh - Triang...dan pagi Ahad akan bergerak balik ke Ipoh.....cuti lama juga lah seminggu...Saya dengan ini memohon ampun dan maaf seandainya ada kata kata dan juga tingkah laku saya yang kurang menyenangkan rakan rakan semasa QSO mahu pun semasa Eyeball....maaf jua yang ku pinta.... tks bye bye.....73

Selasa, 20 Julai 2010

MISI MENYELAMAT MURID DAN GURU SEKOLAH TERPERANGKAP DALAM HUTAN LIPUR CHEPOR DEKAT IPOH AKIBAT BANJIR..BANTUAN KOMUNIKASI PERAK AMATUR RADIO...

KETUA OPERASI KOMUNIKASI
9W2AEK ASRUL


9M2Zae sedang berbincang dengan 9W2NIM


Operasi pemindahan sedang dijalankan (Baju merah 9W2SDM..Baju putih 9M2ZAE...

Baju kuning 9M2SLJ


Semua murid dalam kesejukan


Sebahagian dari murid murid yang kesejukan akibat hujan terlampau lebat ...laluan jalan pulang banjir....bantuan menyelamat oleh JPAM..Ipoh, serta bantuan Komunikasi Perak Amatur Radio... (PARTS} Ribuan terima kasih kepada Perak Amatur Radio kerana memberi bantuan komunikasi disepanjang operasi menyelamat dijalankan.Semua guru serta murid yang terlibat semua nya dalam keadaan baik...






Jumaat, 25 Jun 2010

LAWATAN RAKAN V52 DARI DAMANSARA KUALA LUMPUR

Gambar kunjungan rakan v52 Damansara ke Rumah Kelab PARTS di Silibin Ipoh Perak.....

Khamis, 13 Mei 2010

SEKARANG MUSIM FACEBOOK...

Masa ni facebook menjadi pilihan ramai...banyak dikalangan rakan rakan radio amatur memilih facebook.....ya la seronok juga , cari kenalan lama. GF / BF lama...bernasib baik jumpa..la...tu yang syok tu...sambil tu komen orang punya cerita ...bukan apa suka suka sahaja......ini pun dikira hobi juga la...pantang jumpa pc...misti nak on facebook je kerja nya.....tapi syok ramai kenalan...ada yg cemburu lagi.....huhuhu....

Ahad, 18 April 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH DI KUALA LUMPUR 17,APRIL.2010....

Menerima trofi
Gambar pasukan yang ke final.

Ketua pasukan di perkenalkan kepada Dato' Chuah
Gambar kenangan bersama piala kemenangan
Pertandingan bola sepak di Pulapol KL 17/4/2010..sebanyak 14 team mendaftar..Kami dari Unit Udara Polis Ipoh berlepas dari Ipoh ke Kuala Lumpur pada 16/4/2010 jam 1530..seramai 12 pemain menginap di hotel Shangrilla Kuala Lumpur.Sampai di Kuala Lumpur jam 1915...pagi-pagi lagi 17/4/2010 jam 0700 dah berlepas ke Pulapol KL Jalan Tun Razak...pada jam 0830 mula lah pertarungan demi pertarungan yang hebat hebat...kami berbekalkan semangat kerjasama sesama sendiri akhir nya berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan ini...Syukur....Pada jam 1730 selesai pertandingan sesi penyampaian hadiah....di sempurnakan oleh Dato' Chuah.....pada jam 1800 kami pun bergerak balik ke Ipoh dengan keceriaan bersama piala kemenangan.....

Ahad, 28 Mac 2010

GAMBAR KENANGAN SEMINAR RADIO AMATUR PERAK DENGAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA PADA 28,MAC 2010

Gambar kenang kenangan bersama sama Pegawai SKMM, KASTAM, SIRIM serta petugas- petugas petugas yang telah menjayakan SEMINAR SKMM di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada
28/3/2010 lalu. Seminar tersebut telah dihadiri lebeh dari 180 peserta daripada Negeri Perak.

Jumaat, 26 Mac 2010

AGENDA SEMINAR SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Seminar Radio Amatur Negeri Perak”

Tarikh : 28 Mac 2010. Ahad

Tempat : Dewan Perdana, Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak



Masa

Agenda

08:30 - 09:00 pagi

Pendaftaran para tetamu

09:00 - 09:05 pagi

Bacaan Doa

09:05 - 09:10 pagi

Ucapan Aluan

Yang Berusaha En. Redzuan bin Jamaluddin

Pengerusi Kelab Radio Amatur Ipoh

Mewakili Negeri Perak

09.10 - 09.20 pagi

Ucapan Perasmian

Yang Berusaha En. Ismail bin Othman

Pengarah Operasi

Suruhanajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Utara

09:20 - 09:50 pagi

Pembentangan 1

Syarat-Syarat dan Sukatan Peperiksaan Radio Amatur

Yang Berusaha Encik Ahmad Razif bin Ramli

Pengarah Bhagian Teknologi dab Standard

SKMM, Cyberjaya

09:50 - 10:30 pagi

Pembentangan 2

Isu-Isu Berkaitan Penggunaan Radio Amatur diMalaysia

Puan Fauziah binti Fadzil

Ketua

Communication & Multimedia Certification Section

Sirim QAS International Sdn Bhd

Shah Alam, Selangor

10:30 -11.00 pagi

Minum pagi

11.00 -11:30 pagi

Pembentangan 3

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 &

Penguatkuasaan Undang-Undang dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Yang Berusaha Encik Enkatesulu a/l Juval

Jabatan Pemantauan dan Penguatkuasaan

SKMM , Cyberjaya

11.30- 12.00 tengahari

Pembentangan 4

Penguntukan Radio Amatur

Yang Berusaha En. Zainol bin Hamid

Penolong Pengarah

SKMM, Wilayah Utara

12.00-12.30 tengahari

Pembentangan 5

Pengimportan Radio Amatur

Yang Berusaha Tuan Terumuggam a/l Sarathee

Penolong Kanan Pengarah Kastam dan Eksais Diraja Negeri Perak

Cawangan Import dan Eksport

12.30 -1.00 petang

Soal Jawab

01.00 -2.00 petang

Makan Tengahari dan bersurai

Ahad, 21 Mac 2010

SEMINAR RADIO AMATUR NEGERI PERAK

Satu bengkel Pendedahan Radio Amatur Peringkat Negeri Perak anjuran SKMM dengan kerjasama Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) akan diadakan. Tempat dan Tarikh seperti berikut : Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad) Masa : 8.00am - 1.00pm Tempat : Hotel Sri Malaysia, Ipoh Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pengemar radio amatur berkaitan peraturan, syarat dan undang-undang pengunaan radio amatur serta pekara yang berkaitan dengan teknikal. Pembentangan dalam bengkel ini akan disertai bersama oleh SKMM,Polis,Kastam dan Sirim.Penyertaan adalah percuma. Sarapan, makan tengahari dan sijil disediakan.Semua yang berminat samada yang mempunyai callsign atau tidak dijemput hadir. Untuk info terkini -Repeater PARTS 147.7125mhz. -0.600mhz. tone 233.6hz. Simplex Ipoh 145.500mhz (V40)

Isnin, 8 Mac 2010

SUKAN BADMINTON

Kejohanan badminton peringkat Bahagian Latihan UUP di Lapangan Terbang Ipoh,Perak.
Selepas ini akan diadakan pertandingan di peringkat daerah pula ..teruk la kena adakan latihan hari hari di Ipoh untuk mendapatkan kecergasan secukupnya....

Ahad, 7 Mac 2010

FESTIVAL COLORS 2010 (FESCO)


Festival Colors (FESCO)
Date : 6th March 2010Day : SaturdayTime : 8.00pm – 12.00 amVenue: Chancellor Hall, Universiti Teknologi PETRONASPerformances by Universities / Colleges1) Universitas Gadjah Mada, Indonesia2) Universiti Teknologi Melaka3) TaTiUC University College, Terengganu4) Masterskill University College, Ipoh, Perak5) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (USM)6) University of Korea7) Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak (PUO)8) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)9) Sunway University College, Selangor10) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)11) Walailak University Thailand12) Universiti Malaysia Sabah13) Multi media University, Cyberjaya (MMU)14) UiTM Seri iskandar, Perak15) Universiti Tenaga Nasional16) TAJ University College, Ipoh, Perak17) Universitas Gadjah Mada & Korea18) KLIUC Selangor19) UiTM Shah Alam, Selangor20) HELP University College Selangor21) UNISEL Selangor

Bagi aya sendiri dijemput oleh rakan di UTP hadir pada festival tersebut...dan mendapat panduan serta pengajaran yang tak terhingga kerana berpeluang masuk ke dalan AV ROOM yang tercangih di Malaysia..suasana didalam av room tercangih tersebut belum pernah saya lihat sebelum ini dimana mana pun ...suatu pengalaman yang amat berguna..terima kasih En.Salehan.

Jumaat, 26 Februari 2010

RAKAN SETUGAS.


Teman rakan setugas kesayangan ku...Caroline...sudah pun balik ke tempat tugasan nya dalam bahagian penerbangan di Kota Kinabalu, semoga berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Sampai di Ipoh pada 18/2/2010 lalu, selesai latihan pada 24/2/2010 semoga semua kenangan di Ipoh tercoret dalam dairi indah..semoga kita bersua lagi.....Selamat maju jaya rakan ku....sahabat ku yang di sayanggi.......

RONDA- PERAKFM


Ini lah dia kenderaan Skuad Ronda Perakfm yang selalu bersiaran di musim perayaan dan juga didalam apa jua situasi terus menerus secara lansung dari Radio PerakFm.Bersama Dj kesayangan ramai Pak.Yop (9w2YOP)

Selasa, 9 Februari 2010

GAMBAR KENANGAN.DAN SEJARAH .LALU


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

TAHNIAH DAN SELAMAT MENCUBA LAGI KEPADA RAKAN-RAKAN Alhamdulilah... bekembang lagi komuniti HAM di Malaysia dengan rakan2 baru yang lulus .. tahniah daripada saya kepada yang berjaya dan kepada yang tak berjaya jangan putus asa selamat mencuba lagi.....

Selasa, 26 Januari 2010

HARI MENDERMA DARAH LAPANGAN TERBANG IPOH


Menanti giliran dengan hati yang berdebar- debar
DONATE BLOOD AND SAVE A LIFE

9M2ZAE sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah

Proses pemindahan darah sedang di jalankan

DERMA DARAH SELAMATKAN NYAWA.

Pada 20,Jan,2010...bertempat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh Perak berlangsung nya Hari Menderma Darah mulai 10.00 pagi hingga 1600 Hrs.Kempen tersebut diadakan di semua Lapangan Terbang . Di Ipoh Unit bergerak daripada Hospital Pantai Puteri Ipoh. Hampir 250 penderma telah datang ,ada di kalangan mereka merasa kecewa tidak dapat menderma di sebab kan beberapa masalah kesihatan. Mungkin suatu hari nanti ada kempem seumpama ini
melibatkan rakan rakan radio amatur seluruh negeri ....SATU MALAYSIA !!!!!!

Isnin, 25 Januari 2010

MAJU TERUS MAJU KEHADAPAN


Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) dan ahli - ahli nya di atas mempertingkat selangkah lagi kejayaan pada tahun 2010 ini.Kejayaan yang mengagumkan itu mengekspostasikan audio dari Pengulang 9M4RPK kedalam laman web rasmi Parts dan boleh diakses keseluruh dunia.Dengan kejayaan itu membanggakan bukan sahaja kepada ahli-ahli Parts malah seluruh anggota RA di negeri Perak.= TAHNIAH.
Klik untuk ke website Parts
http://www.parts.org.my/joomla/

Selasa, 12 Januari 2010

PAHLAWAN MELAYU ZAMAN DAHULU KALA

Rumah pesilat dahulu kala
Pahlawan Ninja

Gambar kenangan Pahlawan Melayu


Isnin, 11 Januari 2010

PENGHIBUR DI MASA LALU.....

Ramlah Ram

ZAITON SAMEON

UJI RASHID













SANISAHURI..